NAMA Fatiya Latiff tahun ini agak meledak dalam kalangan netizen.
Banyak juga isu yang dia sendiri cetuskan tanpa sengaja sehingga menjadi bahan bualan ramai dan salah satunya ialah membuat rawatan muka.
Ramai juga mempertikaikan mengapa dia kerap membuat rawatan kecantikan dengan mengambil suntikan dan ada pula mendakwa terdapat perubahan kecil berlaku pada wajahnya.
Baru-baru ini pun, videonya melakukan rawatan wajah di sebuah klinik turut meraih kritikan daripada segelintir netizen.
Rata-rata meminta Fatiya berhenti melakukan rawatan sebegitu kerana akan memberi kesan terhadap kulit wajahnya pada usia tua.
Diva pun tidaklah mahu komen banyak, mungkin ada sebab Fatiya melakukan rawatan muka seperti membuang parut dan sebagainya.
Cuma kalau sudah mengubah bentuk wajah, tidak seronok pula melihatnya. Cuma Fatiya sahaja ada penjelasan, doakan yang terbaik untuknya sahaja.
DIVA: Bersemangat betul penyokong yang iringi penyanyi Altimet semasa penamaan calon PRN semalam.