fbpx

Pemuda bantu pelajar miskin, jual nasi lemak RM2

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nasi Lemak Besut RM2.00 yang dijual oleh En Ridzuan berdekatan sebuah sekolah di Besut bagi membantu golongan tidak berkemampuan.

PETALING JAYA – Usaha murni seorang lelaki dari Besut membantu pelajar miskin melalui penjualan nasi lemak dengan harga serendah RM2 mendapat pujian ramai di media sosial.

Menerusi perkongsian lelaki bernama Ridzuan di Facebook, dia bersyukur dapat meringankan beban golongan tidak mampu melalui konsep beli satu percuma satu.

“Sedih saya tengok yang jenis kurang berkemampuan, pergi sekolah dengan hanya bawa RM3. Kadang-kadang ada juga yang saya terdengar perbualan bapa dan anak yang beli nasi lemak disini kerana harga makanan di sekolah lebih tinggi.

“Saya suka sebenarnya dapat bagi orang makan terutamanya budak-budak lah yang suka bila saya bagi free (percuma). Saya pun senang hati melihatnya. Konsep ini bukan untuk yang kaya,” katanya.

Setakat ini perkongsian lelaki itu meraih 17,000 tanda suka dan 1,001 perkongsian.

Rata-rata orang ramai memuji serta kagum dengan usaha murni lelaki tersebut dalam membantu golongan tidak berkemampuan terutamanya dalam keadaan ekonomi yang tidak baik.

“Semoga dimurahkan rezeki dan dipermudahkan segala urusan yang baik buat saudara. Betul, menolong orang susah akan berkat hidup,” kata Norhayati Anne.

“Betul, makanan dalam kantin lagi mahal dari peniaga yang menjual dekat depan sekolah atau diluar sekolah. Saya pun pelik sepatutnya kantin lagi murah,” ulas Noora Asikin.

“Terbaik sahabat, moga dimurahkan rezeki dan dapat panjangkan sedekah. Memang betul di negara kita banyak insan yang tak berkemampuan,” tulis Suriyati Amin.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI