fbpx

Pertandingan satu lawan satu dominasi PRN, PRK Kuala Terengganu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Abdul Ghani pada sidang akhbar di Ibu Pejabat SPR hari ini.-Foto FAIZ ALIF ZUBIR

PUTRAJAYA – Pertandingan satu lawan satu mendominasi Pilihan Raya Negeri (PRN) enam negeri dan Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Terengganu pada kali ini.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Ghani Salleh memaklumkan, pertandingan satu lawan satu itu menyaksikan sejumlah 181 pertandingan melibatkan negeri Kedah 28 pertandingan, Kelantan (40), Terengganu (30), Pulau Pinang (29), Selangor (26), Negeri Sembilan (27) manakala PRK Kuala Terengganu satu.

“Bagi aksi tiga penjuru pula, melibatkan 51 pertandingan iaitu paling tinggi di Selangor iaitu 25 pertandingan, Pulau Pinang (tujuh), Negeri Sembilan (tujuh), Kedah (enam), Kelantan (empat) dan Terengganu (dua).

“Manakala empat penjuru menyaksikan 13 pertandingan dengan Selangor lima pertandingan, Pulau Pinang (empat), Negeri Sembilan (dua) manakala Kedah dan Kelantan masing-masing satu,” katanya pada sidang akhbar PRN enam negeri dan PRK Parlimen Kuala Terengganu.

Beliau berkata, bagi pertandingan lima penjuru hanya melibatkan satu DUN sahaja iaitu N34 Lunas, Kedah. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI