fbpx

PRN: Anthony Loke bakal bantu Tok Mat kempen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anthony Loke Siew Fook ketika ditemui pemberita selepas pengumuman penamaan calon di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Yuk Hua Kuala Klawang, di sini, hari ini. -Foto NOR AINNA HAMZAH

JELEBU – Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook bakal turun membantu Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau di Parlimen Rembau dalam kempen pilihan raya negeri (PRN) kali ini.

Anthony Loke berkata, Negeri Sembilan telah melalui perubahan politik yang agak dinamik dengan menyaksikan Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) berada dalam DUN dengan kapasiti berbeza sebelum ini iaitu sebagai pembangkang serta Kerajaan Negeri.

Bagaimanapun menurut beliau, pengalaman antara BN dan PH itu sudah pun lama bermula sejak tahun 2004 lagi dan masing-masing saling hormat-menghormati dalam perbahasan di sidang DUN.

“Negeri-negeri lain mungkin tak ada pengalaman seperti ini tetapi di Negeri Sembilan amat unik. Walaupun kita ada perbezaan politik dahulu tetapi hubungan kita agak mesra. Di dewan (sidang DUN) berbahas dengan tertib dengan baik. Kita sampaikan pandangan, hujah, kadang kala setuju beliau (Tok Mat) setuju hujah saya dan saya pun ada bagi kredit kepada beliau tentang apa beliau buat di negeri ini.

“Harini dah bergabung (PH-BN), kerjasama ini kita raikan. Sudah tentu saya memberikan sokongan moral kepada beliau, beliau juga beri sokongan moral kepada saya. Kalau sempat kempen nanti, saya akan turun ke kawasan beliau untuk berikan sokongan kepada beliau,” katanya kepada pemberita selepas pengumuman penamaan calon di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Yuk Hua Kuala Klawang, di sini, hari ini.

Pada PRN kali ini, Anthony Loke yang bertanding bagi penggal ketiga di DUN Chennah bakal berhadapan dengan calon lawan dari Perikatan Nasional (PN) iaitu Rosmadi Arif, 52, membabitkan perlawanan dua penjuru.

Pada Pilihan Raya Umum Ke-14, Anthony Loke menang di kerusi DUN Chennah dengan majoriti 1,155 undi dan menewaskan dua pencabar lain.

Sementara itu, Mohamad pula juga berhadapan perlawanan dua penjuru disaingi calon PN yang juga Timbalan Yang Dipertua Pas Rembau, Rozmal Malakan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI