fbpx

PRN: Hasnul, Ahmad Yunus lawan satu penjuru pertahankan kerusi masing-masing

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hasnul (lima kiri) dan Rosnizan (tiga kanan) ketika diumumkan calon di Institut Latihan Perindustrian Bandar Baru Banting , Kuala Langat hari ini.

KUALA LANGAT – Pertelingkahan isu calon Dewan Undangan Negeri (DUN) Morib terungkai apabila penyandangnya Hasnul Baharuddin sah mempertahankan kerusi itu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Selangor, kali ini.

Hasnul dari Parti Amanah Negara (Amanah) ditentang Rosnizan Ahmad dari Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) mewakili Perikatan Nasional (PN).

Jelas Hasnul, beliau telah bertemu dan berbincang dengan Ketua Kawasan Amanah Kuala Langat, Mohd. Safiee Harun mengenai bantahan menolaknya sebagai calon di DUN tersebut.

“Saya dan Mohd. Safiee pada dasarnya setuju untuk bersama-sama mempertahankan kerusi DUN Morib selepas pengumuman calon Amanah yang dibuat Presiden, Datuk Seri Mohamad Sabu sebelum ini.

“Jentera akan digerakkan untuk berkempen turun padang bertemu pengundi dan saya harap semua fokus kepada kemenangan parti,” katanya ketika ditemui hari ini.

Pada pengumuman calon yang berlangsung di Institut Latihan Perindustrian Bandar Baru Banting di sini, turut menyaksikan Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Ahmad Yunus Hairi (PN-Pas) akan bertembung dengan Mohd. Al Hafizi Abu Bakar (PH-BN) bagi DUN Sijangkang. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI