SHAH ALAM- Kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Tiga dan Kota Anggerik masing-masing menyaksikan pertandingan tiga penjuru pada Pilihan Raya Negeri (PRN) kali ini.
Ia selepas diumumkan Pegawai Pengurus Pilihan Raya Bahagian Batu Tiga, Asmah Mohd. Zin dan Pegawai Pengurus Pilihan Raya Bahagian Kota Anggerik, Dr. Nor Fuad Abdul Hamid di Dewan Besar Tanjung, Seksyen 19, di sini.
Bagi kerusi DUN Batu Tiga menyaksikan pertandingan antara Ketua Srikandi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Datuk Seri Rina Harun mewakili Perikatan Nasional (PN), Saiyidah Izzati Nur Razak Maideen (MUDA) serta Danial Al-Rashid untuk gabungan Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN).
Penyandang DUN Kota Anggerik pula, Najwan Halimi (PH-PKR) akan ditentang Mohamed Sukri Omar (PN-Pas) dan Azad Akhbar Khan (MUDA). – KOSMO!ONLINE