fbpx

PRN: Pertembungan Ahmad, Razali di DUN Kijal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad (kanan) dan Razali beramah mesra pada hari penamaan calon DUN Kijal di Dewan Sivik Kijal, Kemaman hari ini.

KEMAMAN – Pengerusi Barisan Nasional (BN) Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said bakal berdepan dengan Ketua Badan Pimpinan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Datuk Razali Idris bagi merebut kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kijal pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Terengganu ke-15.

Ahmad yang merupakan bekas Menteri Besar Terengganu mewakili Barisan Nasional (BN) dicabar Razali yang bertanding atas tiket Pas.

Penyandang kerusi DUN Kijal sejak 1990 itu bersama pencadangnya, Hassan Ali dan penyokong, Kamaruddin Ali selesai menyerahkan borang pencalonan kira-kira pukul 9.04 pagi.

Razali bersama pencadangnya, Zawawi Mohamed dan penyokong, Aziman Hadi Nazri kemudian menghantar borang pencalonan pada pukul 9.11 pagi.

Pegawai Pengurus Bahagian Pilihan Raya Negeri, Hanum Isa@Ghazali mengumumkan Ahmad dan Razali sebagai calon DUN Kijal pada pukul 10 pagi.

Proses penamaan calon berjalan lancar tanpa sebarang provokasi walaupun lebih 5,000 penyokong kedua-kedua belah pihak saling berbalas sorakan.

Pada PRU14, Ahmad mempertahankan kerusinya yang disandangnya selama sembilan penggal lalu dalam pertembungan tiga penjuru. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI