fbpx

Penyandang DUN Bukit Kayu Hitam ‘lawan’ guru sendiri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Halimaton Shaadiah bertembung satu lawan satu dengan bekas gurunya sendiri dikenali sebagai Cikgu Non pada PRN ini.

JITRA – Penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Kayu Hitam, Datuk Halimaton Shaadiah Saad mewakili Perikatan Nasional (PN) bakal berentap dengan bekas gurunya sendiri pada Pilihan Raya Negeri (PRN), ini.

Halimaton, 54, yang merupakan Ketua Srikandi Negeri Kedah berdepan satu lawan satu dengan Timbalan Ketua UMNO Bahagian Kubang Pasu, Zainol Abidin Mohamad, 65, dari Barisan Nasional (BN).

Pengumuman rasmi calon bagi DUN itu dibuat oleh Pegawai Pengurus Bahagian Pilihan Raya DUN Jitra, Mohd. Zaidy Omar pada pukul 10.30 pagi tadi.

Menurut Halimaton yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat serta Kebajikan Kedah, beliau menghormati Zainol Abidin yang pernah menjadi guru dan mengajarnya subjek Matematik dari tingkatan satu hingga lima.

“Ada kata saya derhaka kerana lawan cikgu tetapi sebenarnya tidak kerana ini merupakan perlawanan antara parti.

“Saya amat menghormati Cikgu Non yang juga guru disiplin di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Changlun sebelum ini,” katanya ketika ditemui di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI