fbpx

PRN: Bekas Naib Canselor UUM berdepan dua penjuru di DUN Jitra

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Haim Hilman bakal berentap dengan Sabrina bagi kerusi DUN Jitra pada PRN ini.

JITRA – Bekas Naib Canselor Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof Dr. Haim Hilman Abdullah mewakili Perikatan Nasional (PN) berhadapan pertembungan dua penjuru bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Jitra pada Pilihan Raya Negeri (PRN), ini.

Haim Hilman, 50, disaingi Ketua Wanita Pakatan Harapan (PH) Kedah, Datin Sabrina Ahmad, 45.

Pengumuman rasmi calon bagi DUN itu dibuat oleh Pegawai Pengurus Bahagian Pilihan Raya DUN Jitra, Muhamad Mahazi Ibrahim pada pukul 10.20 pagi tadi.

Kerusi DUN Jitra disandang Presiden Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

Mukhriz baru-baru ini mengumumkan parti tersebut tidak akan meletakkan calon pada PRN di enam negeri yang akan berlangsung pada 12 Ogos ini mempersiapkan diri bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16). – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI