fbpx

PRN: Tiga ‘Datuk’ bertanding Selat Klang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohamad Ezam (kanan), Roslee (tengah) dan Abdul Rashid pada pengumuman calon tersebut.

KLANG – Perebutan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selat Klang menyaksikan pertandingan tiga penjuru melibatkan tiga individu bergelar Datuk.

Penyandang kerusi itu yang juga Ketua Badan Pimpinan Negeri Bersatu Selangor, Datuk Abdul Rashid Asari mewakili Perikatan Nasional (PN) akan ditentang Timbalan Presiden Parti Rakyat Malaysia (PRM), Datuk Mohamad Ezam Mohd. Nor.

Turut bertanding bagi kerusi sama adalah Ketua UMNO Bahagian Kapar, Datuk Roslee Abdul Hamid yang mewakili gabungan Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN).

Selain itu, pengumuman di lokasi sama turut melibatkan dua lagi DUN iaitu Meru di antara Mariam Abdul Rashid (PH-Amanah), Hasnizan Adham (PN-Bersatu) dan Sivaranjani Manickam (PSM).

Bagi DUN Sementa pula, Erny Afrishah Azizi (PH-PKR) dan Noor Najhan Mohamad Salleh (PN-Pas).

Kesemua pengumuman calon dibuat masing-masing oleh Pegawai Pengurus DUN Meru, Abdul Razak Masud; Pegawai Pengurus DUN Sementa, Mohd. Shahrizal Mohd. Salleh dan Pegawai Pengurus DUN Selat Klang, Shahman Jalaludin di Dewan Serbaguna Pejabat Tanah dan Daerah Klang.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner Vijaya Rao berkata, proses penamaan calon berjalan dengan lancar tanpa sebarang provokasi dari mana-mana penyokong parti.

“Kira-kira 247 petugas melibatkan pegawai dan anggota polis yang menjaga dari segi keselamatan termasuk lalu lintas.

“Kita berharap sepanjang tempoh kempen dua minggu ini, parti terlibat mematuhi undang-undang termasuk memohon permit bagi mengelakkan sebarang tindakan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI