fbpx

Empat calon bakal rebut DUN Dengkil

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dari kiri Jamil, Noorazli, Mohd Daud dan Darren Ong selepas diumumkan sebagai calon di kerusi DUN Dengkil pagi ini.-Foto FAISOL MUSTAFA

CYBERJAYA – Dewan Undangan Negeri (DUN) N55 Dengkil menyaksikan pertembungan empat penjuru di antara calon Barisan Nasional (BN), Perikatan Nasional (PN), Parti Utama Rakyat (PUR) dan Parti Sosialis Malaysia (PSM).

Mereka adalah Datuk Mohd Daud Leong Abdullah (PUR), Noorazli Said (BN), Datuk Seri Jamil Salleh (PN) dan Darren Ong (PSM).

Pengumuman calon bertanding diumumkan Pegawai Pengurus PRN Sepang, Datuk Abd. Hamid Hussain di Dewan Semarak, di sini pagi ini.

DUN Dengkil sebelum ini dimenangi Adhif Syan Abdullah dari Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) pada Pilihan Raya Umum Ke14 (PRU14).

Proses penamaan calon berjalan lancar dengan kumpulan penyokong parti mula berkumpul seawal pukul 7.30 pagi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI