fbpx

PRN : Penyokong BN, Pas ‘berlawan’ laungan takbir, selawat di DUN Kijal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad (tengah) diiring 3,000 penyokongnya berarak ke pusat penamaan calon, Dewan Sivik Kijal, Kemaman hari ini.

KEMAMAN – Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Said tiba di perkarangan Dewan Sivik Kijal di sini pada pukul 8.30 pagi.

Beliau yang merupakan penyandang kerusi DUN Kijal sejak tahun 1990 bersama lebih 3,000 penyokongnya berarak sambil berselawat hampir satu kilometer menuju ke pusat penamaan calon.

Sementara itu, pencabarnya, Ketua Badan Pimpinan Parti Pribumi Bersatu (Bersatu) Terengganu, Datuk Razali Idris pula bersama lebih 1,000 penyokongnya tiba pada pukul 8.40 pagi.

Turut mengiring Razali ialah Hazri Jusoh, yang merupakan calon PAS DUN Kijal bagi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Penyokong BN dan Perikatan Nasional dilihat saling membalas laungan zikir dan takbir sementara menunggu calon masing-masing menyerahkan borang pencalonan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI