AMPANG – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Pusat Penamaan Calon Dewan Datuk Ahmad Razali, di sini, hari ini.
Kedatangan beliau disambut dengan laungan reformasi daripada ratusan penyokong Pakatan Harapan (PH).
Beliau tiba untuk meninjau proses penamaan calon di Dewan Undangan Negeri (DUN) N19: Bukit Antarabangsa dan N20: Lembah Jaya di bawah Parlimen Ampang dalam Pilihan Raya Negeri (PRN), Selangor.
Anwar tiba sekitar pukul 10 pagi tadi. – KOSMO! ONLINE