fbpx

PRN: Penyokong sedang berarak beri laluan ambulans hantar pesakit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Penyokong memberi laluan kepada sebuah ambulans yang dalam perjalanan menghantar pesakit ke hospital di DUN Aji, Hulu Terengganu, hari ini.

HULU TERENGGANU – Kumpulan penyokong parti-parti bertanding pada hari penamaan calon bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Aji menunjukkan keprihatinan mereka dengan memberi laluan kepada sebuah ambulans yang dalam perjalanan menghantar pesakit ke hospital.

Mereka yang berkumpul di laluan yang ditutup sempena hari penamaan calon tersebut di Pekan Ajil di sini hari ini segera berganjak sebaik mendengar bunyi siren ambulans terbabit.

Difahamkan ambulans itu dalam perjalanan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu untuk menghantar pesakit dari Hospital Hulu Terengganu di sini.

Dalam pada itu, seramai lebih 1,000 penyokong Barisan Nasional (BN) dan Pas memenuhi pekarangan Dewan Sivik Ajil di sini seawal pukul 7.30 pagi.

Dua calon yang bertanding iaitu penyandang kerusi DUN Ajil, Maliaman Kassim dari Pas dan pencabarnya, Datuk Seri Jailani Johari yang juga bekas Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia pula tiba di pusat penamaan calon pada pukul 8.55 pagi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI