fbpx

Zaliha iringi calon BN-PH Parlimen Kuala Terengganu, DUN Ladang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Zaliha (kiri) mengiring Azan (dua dari kiri) dan Mohd. Sabri (tiga dari kiri) ke pusat penamaan calon di Menara MBKT, Kuala Terengganu hari ini.

KUALA TERENGGANU – Seruan Malaysia Madani, Pakatan Perpaduan dan kalimah takbir bergema di perkarangan Menara Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) di sini hari ini.

Penyokong gabungan Pakatan Harapan dan Barisan Nasional (BN) serta Pas mula berkumpul menyokong calon masing-masing seawal 8.40 pagi.

Menteri Kesihatan, Dr. Zaliha Mustafa turut hadir mengiringi calon PH dan BN untuk Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Terengganu, Azan Ismail dan calon kerusi Dewan Udangan Negeri (DUN) Ladang, Datuk Mohd.Sabri Alwi ke pusat penamaan calon.

Penyandang kerusi DUN Ladang dari Pas, Datuk Tengku Hassan Tengku Omar pula mengiringi calon Pas untuk Parlimen Kuala Terengganu, Datuk Ahmad Amzad Hashim dan calon DUN Ladang, Zuraida Mohd. Noor.

Perarakan kedua-dua parti berjalan lancar dan aman dengan pemantauan 69 anggota polis.

Mahkamah Pilihan Raya Terengganu pada 27 Jun lalu telah membatalkan kemenangan Ahmad Amzad setelah mendapati wujud unsur sogokan wang sewaktu tempoh kempen Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) bagi kerusi Parlimen tersebut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI