AMPANG – Penyanyi, Altimet atau nama sebenarnya Syed Ahmad Abdul Rahman, dan Mohd. Kamri Kamaruddin, calon Pakatan Harapan (PH) tiba di Pusat Penamaan Calon Dewan Datuk Ahmad Razali kira-kira pukul 8.30 pagi tadi.
Segak berpakaian baju melayu serba merah, Altimet dan Mohd. Kamri diarak ke pusat penamaan calon bersama para penyokong bersama laungan reformasi.
Altimet dinamakan sebagai calon PKR bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) N20: Lembah Jaya manakala Mohd Kamri pula merupakan calon N19: Bukit Antarabangsa di bawah Parlimen Ampang dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Selangor. – KOSMO! ONLINE