fbpx

Dua bot bertembung di Kenyir, seorang hilang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba sedang mencari Mohd. Faisal yang dikhuatiri hilang di Sungai Pertang, Tasik Kenyir, Hulu Terengganu hari ini.

HULU TERENGGANU – Seorang pemandu bot laju dikhuatiri lemas selepas terjatuh ke dalam sungai akibat kemalangan bot laju di Sungai Pertang berhampiran Santuari Kelah, Tasik Kenyir dekat sini hari ini.

Kejadian pada pukul 11.05 pagi itu berlaku selepas dua bot laju termasuk satu daripadanya dikendali oleh mangsa, Mohd. Faisal Derahman, 42, bertembung di lokasi kejadian.

Ketua Balai dan Penyelamat Kuala Berang, Hanaffi Mohamad berkata, sewaktu kejadian,
Mohd. Faisal menaiki bot tersebut bersama seorang rakan lelaki.

“Bot mereka bertembung dengan sebuah bot laju lain yang dinaiki tujuh penumpang. Pertembungan itu menyebabkan mangsa terjatuh ke dalam sungai lalu tenggelam.

“Rakannya pula mengalami kecederaan pada bahagian kepala manakala tujuh sebuah lagi bot pula terselamat,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Hannafi berkata, seramai tiga anggota bomba telah bergegas ke lokasi kejadian namun berhadapan dengan masalah telekomunikasi di lokasi kejadian.

Dia berkata, operasi mencari dan menyelamat Mohd. Faisal dengan menggunakan teknik selaman masih diteruskan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI