fbpx

Ibu bayar anak RM2,278 untuk keluar dengan 100 lelaki

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dua kek disediakan bagi meraikan kejayaan saudara kandung perempuan Alyse menghadiri 100 temu janji dengan lelaki berbeza di Utah baru-baru ini. - Foto @alysecarolyn/TikTok

WASHINGTON – Seorang pencipta kandungan media sosial di negeri Utah mendedahkan bahawa ibu mereka membayar saudara perempuannya AS$500 (RM2,278) untuk keluar temu janji bersama 100 lelaki berbeza sebelum berkahwin, lapor portal berita MailOnline semalam.

Alyse Carolyn kerap berkongsi video tutorial rambut di akaun TikTok miliknya dan mempunyai  lebih 306,000 pengikut.

Namun, baru-baru ini Alyse berkongsi sesuatu lebih peribadi dengan berkata, saudara kandungnya yang tidak dinamakan itu menerima AS$500 daripada ibu mereka  semata-mata bagi menghadiri sebanyak 100 janji temu sebelum berkahwin.

Dalam klip video mengenainya yang tular dan merekodkan 7.6 juta tontonan setakat ini, Carolyn menunjukkan keluarganya meraikan kejayaan saudara perempuannya menghadiri 100 temu janji itu dengan menyediakan dua kek.

Terdapat dua kek di atas meja dengan yang pertama mempunyai lilin membentuk angka ‘100’,  manakala kek kedua tertera perkataan ‘YAY.’

Dia menyertakan kapsyen bermaksud: “Apabila ibu anda membayar saudara perempuan anda AS$500 untuk menghadiri 100 temu janji dengan 100 lelaki berbeza sebelum berkahwin.”

Walaupun tidak menunjukkan wajah atau mendedahkan nama saudara perempuannya, Alyse  menunjukkan senarai lelaki yang ditemui wanita berkenaan dengan menggunakan telefon bimbit.

Netizen membanjiri ruangan komen dan memuji ibu Alyse kerana memberitahu anak perempuannya bahawa dia sentiasa mempunyai pilihan untuk mencari lelaki yang sesuai sebagai suami. – Agensi

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI