fbpx

Pan-gon sasar ke pusingan kelayakan ketiga

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PAN-GON mengakui skuad negara tidak berdepan laluan begitu sukar apabila diundi dalam Kumpulan D pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027.

SKUAD Harimau Malaya enggan berpuas hati dengan prestasi semasa sebaliknya membuat persiapan rapi dalam usaha memastikan misi untuk layak pada pusingan kelayakan ketiga Piala Dunia 2026 buat kali pertama dapat menjadi realiti.

Sebagai rekod, pasukan negara berjaya elak daripada diundi dalam kumpulan maut selepas diletakkan dalam Kumpulan D bersama Oman, Kyrgyzstan dan Taiwan atau Timor Leste pada pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 kelmarin.

Ketua jurulatih skuad kebangsaan, Kim Pan-gon mengakui ia bukanlah undian yang sukar dan memberi peluang buat anak-anak buahnya mencuba nasib bersaing di peringkat yang lebih tinggi nanti.

Kata Pan-gon, beberapa aksi persahabatan serta sesi latihan intensif akan digunakan sebaiknya oleh pasukan sebelum saingan kelayakan bermula secara rasmi pada November depan.

“Saya tidak boleh katakan ini adalah kumpulan mudah, tetapi harus diakui ia lebih baik berbanding kumpulan kelayakan negara lain. Cuma, kita perlu persiapkan pasukan bermula sekarang.

“Di atas kertas, Oman antara pasukan yang cukup kuat di wilayah Asia Barat khususnya daripada aspek fizikal dan mental. Kyrgyzstan juga boleh memberi kesukaran apabila kita bertandang ke tempat lawan.

“Apa yang pasti, aksi persahabatan pada September depan perlu digunakan sebaik mungkin dan kita tidak boleh terlalu teruja dengan keputusan undian ini,” katanya ketika ditemui.

Sementara itu, Pan-gon mengakui agak sukar untuk membawa muka-muka baharu pada aksi kalendar antarabangsa akan datang memandangkan pasukan mengharungi jadual padat dan perlu fokus pada persiapan Piala Asia 2023, Januari depan.

Dua pasukan teratas setiap kumpulan akan layak ke pusingan kelayakan ketiga Piala Dunia 2026 selain meraih tiket automatik ke saingan Piala Asia 2027.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI