fbpx

Chun Yang Bina Puri menangi kontrak RM72 juta di Mukah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Salah satu projek hartanah Bina Puri. -Gambar hiasan

PETALING JAYA – Bina Puri Holdings Berhad (Bina Puri) melalui Chun Yang Bina Puri (JV) Sdn. Bhd. (Chun Yang Bina Puri) telah dianugerahkan kontrak daripada Tokoh Ilham Sdn. Bhd. untuk projek di bawah Jabatan Kerja Raya Malaysia (JKR).

Chun Yang Bina Puri adalah syarikat usaha sama yang mana Bina Puri memiliki 49 peratus kepentingan di dalam entiti berkenaan.

Pengarah Eksekutif Kumpulan Bina Puri, Datuk Matthew Tee berkata, berkata, kontrak tersebut bernilai RM72.85 juta melibatkan kerja-kerja subkontrak di Jalan Kampung Medong/Lebrasau/Kampung Klid, dalam daerah Dalat di Mukah, Sarawak.

Kontrak yang mempunyai tempoh 24 bulan itu dijangka siap menjelang suku ketiga 2025.

“Kami menjangkakan projek ini akan menyumbang secara positif kepada pendapatan dan aset bersih Bina Puri pada tahun kewangan berakhir 30 Jun 2024, dan seterusnya,” kata beliau dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini.

Kumpulan kini mempunyai buku tender bernilai RM1.5 bilion untuk segmen pembinaan dan hartanah

Menurut beliau, sebagai pemain pembinaan yang mantap, Bina Puri telah berada di barisan hadapan dalam menyampaikan projek yang berjaya di seluruh Malaysia, termasuk, sebagai contoh, bangunan ikonik Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak di Kuching.

“Kontrak ini mengesahkan rekod kecemerlangan Bina Puri dalam industri pembinaan, serta komitmen kami untuk menyampaikan hasil berkualiti tinggi dalam setiap projek.

“Dalam ketika kami terus menunjukkan kredibiliti dan kepakaran kami merentasi pelbagai projek kritikal, Bina Puri berada pada kedudukan yang baik untuk pertumbuhan dalam segmen pembinaan,” ujarnya.

Melangkah ke hadapan, Bina Puri akan terus membina asas pendapatan berulang yang kukuh, melalui gabungan projek antarabangsa dan tempatan.

Antara projek utamanya adalah Puri Residences, pembangunan kediaman bertanah  di Masai, Johor, dengan 384 unit rumah dua tingkat dan anggaran nilai pembangunan kasar (GDV) RM217 juta dan juga ia terlibat dalam The Valley @ Bentong, Pahang, sebuah pembangunan berasaskan pertanian yang terdiri daripada gabungan ladang dan rumah.

Kumpulan kini mempunyai buku pesanan sebanyak RM1.5 bilion untuk segmen pembinaan dan hartanahnya. -KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI