fbpx

Tiga lori buang sampah haram disita MPS

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Salah sebuah lori yang disita MPS dalam operasi semalam.

PETALING JAYA – Taktik licik tiga buah lori membuang sampah secara haram di beberapa kawasan sekitar daerah Gombak berakhir apabila kesemua kenderaan itu disita Majlis Perbandaran Selayang (MPS).

Menerusi satu kenyataan, MPS berkata, ketiga-tiga kenderaan itu disita dalam satu Operasi Sitaan Lori di Gombak dan Sungai Pusu semalam.

Jelasnya, operasi tersebut diketuai Ketua Unit Atur Cepat Jabatan Penguatkuasa dan Keselamatan MPS, Azry Ishak bersama 10 anggota penguat kuasa yang lain.

“Tindakan sitaan itu dibuat mengikut Undang-Undang Kecil (UKK) Pemungutan, Pembuangan dan Pelupusan Sampah-Sarap MPS 2007 iatu di bawah UKK 4 (Kompaun) dan UUK 21 (Sitaan Lori).

“Kesemua lori telah disita dan disimpan di dalam depoh sitaan selama 30 hari dan dikenakan kompuan sebanyak RM 1,000,” kata kenyataan itu.

Ujar MPS, pihaknya akan membuat pemantauan berkala dan menjalankan operasi dari semasa ke semasa.

“MPS juga ingin mengingatkan sekali lagi bahawa tindakan tegas akan diambil jika pemilik lori gagal mematuhi undang-undang yang ditetapkan.oleh pihak berkuasa,” kata MPS. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI