fbpx

Dua pelajar warga Sierra Leone didakwa tidak miliki dokumen sah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DUA lelaki warga Sierra Leone didakwa di Mahkamah Majistret Seremban hari ini.

SEREMBAN – Dua lelaki warga negara Sierra Leone yang juga pelajar kolej swasta di Subang Jaya, Selangor didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan tidak memiliki dokumen sah untuk masuk ke negara ini, pada 17 Julai lalu.

Tertuduh, Katta Keifala, 25 dan Ibrahim Smith, 34, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di dua kamar mahkamah berasingan di hadapan Majistret Nurul Saqinah Rosli dan Yusna Khadijah Md Yusof.

Mengikut pertuduhan, Katta Keifala dan Ibrahim Smith telah didadapati tidak memiliki apa-apa pas sah yang dikeluarkan mengikut undang-undang ke atas diri mereka untuk masuk ke negara ini.

Kesalahan itu dilakukan di Pejabat Bahagaian Siasatan Jenayah Komersial Ibu Pejabat Polis Daerah Seremban pada pukul 4.30 pegang, 17 Julai lalu.

Sehubungan itu, kedua-dua tertuduh telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 6 (1) (c) Akta Imigresen 1959/1963 (Pindaan 2002), yang boleh dihukum di bawah Seksyen 6 (3) akta yang sama.

Jika sabit kesalahan, mereka boleh didenda maksimum RM10,000 atau penjara tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya sekali atau boleh dikenakan tidak lebih enam kaki sebatan.

Mahkamah kemudian membenarkan Katta Keifala diikat jamin sebanyak RM6,000 manakala Ibrahim Smith dijamin RM5,000.

Pihak pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Nik Nur ‘Aqilah Syarfa Nik Zaidi dan P. Pushpa.

Kes ditetapkan untuk sebutan semula pada 16 Ogos depan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI