fbpx

Misbun, BAM bawa haluan sendiri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Legenda badminton tanah air, Datuk Misbun Sidek meninggalkan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) selepas kembali ke pangkuan persatuan itu pada 2017.

KUALA LUMPUR – Persatuan Badminton Malaysia (BAM) mengesahkan Pengarah Kejurulatihan Perseorangan Remaja Akademi Badminton Malaysia (ABM), Datuk Misbun Sidek mengundurkan diri daripada badan induk badminton negara itu.

Perkara itu diumumkan Timbalan Presiden BAM, Datuk V. Subramaniam dalam satu sidang akhbar khas yang berlangsung di ABM, Bukit Kiara hari ini selepas kedua-dua pihak mencapai persetujuan bersama.

Kontrak Misbun yang sepatutnya berakhir penghujung tahun 2023 ditamatkan lebih awal 1 Ogos ini, sekali gus meninggalkan BAM selepas kembali ke pangkuan persatuan itu pada 2017.

“Ia bukan soal berpuas hati atau tidak. Dalam perbincangan sebelum ini, ada banyak perbincangan dengan semua pemegang taruh dan ada perkara perlu diubah untuk kebaikan.

“Datuk Misbun memahaminya dan beliau sudah melakukan yang terbaik sepanjang khidmatnya. Bagaimanapun, tidak ada keputusan dan kita perlu melihat dari sudut lain,” kata Subramaniam.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI