fbpx

Ayam dah 7.79 sekilo, tang mana barang naik? – Fahmi Fadzil

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Harga ayam di pasar raya Mydin yang dikongsi di laman Facebook semalam.

PETALING JAYA – Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil menegaskan bahawa berlaku penurunan harga bagi beberapa barangan keperluan termasuk ayam.

Malah, menerusi perkongsian di laman Facebooknya, Fahmi menyoalkan tentang dakwaan sesetengah pihak bahawa harga barang naik.

“Ayam RM7.79 sekilo dah ni, tang mana barang naik?,”soalnya.

Pada hantaran sama, Fahmi turut berkongsi harga ayam yang dimuat naik di laman Facebook Mydin Malaysia semalam.

“Kini harga Ayam Standard hanya RM7.79 sekilo!. Sah di cawangan Mydin di Semenanjung je,”tulis Mydin Malaysia.

Susulan perkongsian itu, ramai pengguna memuji usaha yang telah dilakukan kerajaan untuk menurunkan harga barangan dan mereka mahu trend penurunan harga tersebut terus berkekalan.

“Alhamdulillah. Terbaik Kerajaan Madani di bawah pimpinan DS Anwar Ibrahim, perlahan-lahan ubah ekonomi,” kata Firahh Zeti.

Turut meninggalkan komen adalah seorang lagi pengguna dikenali sebagai Nurul Mazlan.

“Alhamdulillah, moga semakin banyak harga barang berjaya dikawal, harap menteri-menteri pun sentiasa kongsi berita-berita yang positif dari yang negatif,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI