fbpx

PRN: Eddin Syazlee, Danni Rais antara calon PN di Negeri Sembilan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AHMAD Faizal (tengah) bersama calon-calon yang akan mewakili PN pada PRN di Negeri Sembilan pada Majlis Munajat Perdana dan Pengumuman Calon di Sikamat, Seremban malam ini. Foto oleh MOHD. SHAHJEHAN MAAMIN/ KOSMO!

SEREMBAN – Bekas Ahli Parlimen Kuala Pilah, Datuk Eddin Syazlee Shith antara calon yang ditampilkan Perikatan Nasional (PN) Negeri Sembilan bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) kelak.

Ketua Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Kuala Pilah itu akan bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Juasseh.

Timbalan Pengerusi PN yang juga Pengerusi Badan Perhubungan PN Negeri Sembilan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu mengumumkan perkara itu pada Majlis Munajat Perdana dan Pengumuman Calon di Sikamat di sini malam ini.

Pada majlis itu, beliau mengumumkan calon PN di 34 kerusi daripada keseluruhan 36 kerusi DUN keseluruhan di Negeri Sembilan manakala dua kerusi lagi yang tidak diumumkan adalah Jeram Padang dan Sri Tanjung.

Turut diumumkan sebagai calon malam ini ialah Pesuruhjaya Pas negeri yang juga Timbalan Pengerusi PN Negeri Sembilan, Rafiei Mustapha yang akan bertanding di kerusi DUN Pilah.

Ketua Pemuda PN Negeri Sembilan, Danni Rais turut diumumkan akan bertanding di DUN Klawang. Beliau merupakan anak kepada tokoh politik veteran, Tan Sri Rais Yatim.

Sementara itu, Ahmad Faizal berkata, calon bagi kerusi DUN Jeram Padang dan Sri Tanjung akan diumumkan esok.

“Dua lagi nama tidak saya umumkan, sebenarnya telah diputuskan, namun masih ada perkara teknikal yang perlu diperhalusi supaya tidak datangkan masalah pada hari penamaan calon ini, saya akan umumkan esok hari.

“Alhamdulilah kali ini kami telah kumpulkan dan senaraikan pasukan yang wakili PN dan pasukan ini mampu tambat hati rakyat yang bolehkan kami tukar pentadbiran kerajaan negeri usai PRN akan datang,” katanya. – KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI