fbpx

Kerajaan Perpaduan teliti tambah bantuan buat pekebun kecil getah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar ketika hadir sempena Program Karnival Segalanya Felda di Dataran Seri Jempol, Feldajaya Selatan Wilayah Raja Alias, di sini, hari ini. Foto oleh NOR AINNA HAMZAH/ KOSMO!

JEMPOL – Kerajaan Perpaduan tidak akan berdiam diri terhadap nasib pekebun kecil getah termasuklah peneroka yang mengusahakan tanaman getah bagi membantu golongan berkenaan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pihaknya akan meminta Kementerian Kewangan (MOF) untuk meneliti bantuan sementara buat penoreh getah yang menghadapi masalah berkaitan harga getah yang rendah itu.

“Musim hujan, musim tidak dapat menoreh getah, bagaimana nak cari jalan… semalam saya bermesyuarat, dapat pandangan daripada Felda, Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan serta Kementerian Perladangan dan Komoditi.

“Kita minta MOF teliti semula bagaimana boleh kita bantu sementara penoreh getah yang hadapi masalah…dan percayalah, saya tak berdiam diri, saya akan cari jalan untuk tambah lagi bantuan kepada pekebun kecil getah,” katanya ketika berucap sempena Program Karnival Segalanya Felda di Dataran Seri Jempol, Feldajaya Selatan Wilayah Raja Alias, di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Anwar berkata, sebelum Kerajaan Perpaduan memerintah, harga getah sekitar RM2.50 dan kini harga getah berkenaan dinaikkan.

Untuk rekod, harga lantai getah kini sebanyak RM2.70 sekilogram. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI