fbpx

Sedia bas balik mengundi dikira kesalahan pilihan raya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Azam.

PETALING JAYA – Penyediaan perkhidmatan bas buat pengundi Pilihan Raya Negeri ke-15 (PRN) merupakan salah satu kesalahan berikutan ia bakal mempengaruhi keputusan mereka yang mengundi.

Sehubungan itu, Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki berharap rakyat lebih peka serta berhati-hati dengan isu rasuah yang boleh terjadi dalam apa cara sekalipun.

“Kalau semua orang, ketua calon mahupun ahli parti sediakan bas, dalam bas itu apa jadi pula? Dalam bas pula, kita tidak tahu situasi. Banyak akan mempengaruhi calon,” katanya ketika menjadi tetamu rancangan Tamu Kito di Facebook NEGERIfm Official hari ini.

Azam berharap rakyat bakal memilih pemimpin yang layak serta berintegriti selain PRN nanti dapat berjalan dengan lancar.

“Perbuatan memberi barangan, sumbangan kepada masyarakat (pengundi) adalah salah mengikut Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.

“Ia melarang kita (calon bertanding) menggunakan wang, pengaruh dan sebagainya untuk mendapat undi. Calon atau ejen adalah tidak dibenarkan berbuat demikian,” jelasnya.

Katanya, mengundi adalah hak serta tanggungjawab rakyat dan sepatutnya tidak boleh dipengaruhi oleh sesiapa.

“Kalau pengundi dibayar maknanya tidak ada ketelusan dalam mengundi. Sedekah ke ‘ole-ole’ ke memang tidak boleh kerana ia berharga, boleh makan atau boleh digunakan. Apa jadi kalau semua orang kena beli? Kerana duit orang mengundi,” katanya. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI