fbpx

Lebuh Raya Madani Seremban-Jempol bakal diluluskan – PM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar ketika berucap sempena Program Karnival Segalanya Felda di Dataran Seri Jempol, Feldajaya Selatan Wilayah Raja Alias, hari ini.

JEMPOL – Perancangan bagi sebuah lebuhraya yang bakal menjimatkan masa perjalanan antara Seremban ke Jempol, di sini, bakal diluluskan sekiranya keadaan ekonomi baik dalam tempoh setahun.

Perkara itu diumumkan sendiri oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sempena Program Karnival Segalanya Felda di Dataran Seri Jempol, Feldajaya Selatan Wilayah Raja Alias, di sini, hari ini.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, Kerajaan akan mengemukakan cadangan bagi pelaksanaan pembinaan Lebuhraya Madani Seremban-Jempol pada pembentangan Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12), bulan hadapan.

“Insya Allah… dalam program susulan (perancangan), dalam masa setahun kalau ekonomi meningkat dari sekarang ini kita akan bina Lebuhraya Madani Seremban – Jempol… Felda Madani Jaya,” katanya.

Untuk rekod, Projek Lebuhraya Seremban-Jempol sebelum ini menjadi antara cadangan dalam Draf Rancangan Tempatan daerah Jempol 2030.

Anwar berkata, pembinaan lebuhraya itu akan mengangkat taraf kehidupan rakyat dengan penambahbaikan fasiliti yang akan menjimatkan masa perjalanan.

“Lebuhraya ini mahal, tetapi saya faham ia akan membantu mengangkat taraf hidup rakyat. Insya-Allah ia akan diluluskan,” ujarnya.

Dalam pada itu, beliau turut mengumumkan peruntukan RM550,000 setiap tahun bagi kos operasi 2,678 lampu jalan di Felda Wilayah Raja Alias yang mempunyai 49 tanah rancangan felda.

Selain itu, Anwar berkata, bagi menyediakan infrastruktur kesihatan yang lebih komprehensif buat warga peneroka, kerajaan akan membina 12 buah Pusat Hemodialisis dengan peruntukan RM21 juta di kesemua wilayah FELDA dan sebuah lagi di premis Yayasan FELDA di Kelana Jaya.

“Bagi Wilayah Raja Alias, Kerajaan bercadang untuk menaiktaraf sebuah bangunan di FELDA Serting Hilir untuk dijadikan Kompleks Komuniti Setempat yang akan menempatkan pusat hemodialisis, pusat sukan, perpustakaan, kemudahan penginapan serta dewan makan dengan peruntukan berjumlah RM1 juta,” ujarnya.

Dalam pada itu, beliau berkata, Kerajaan memperkenalkan insentif khas Sumbangan Kesihatan Rahmah (SKR) sebanyak RM300 bagi warga peneroka berumur 65 tahun ke atas dengan peruntukan keseluruhan RM21.21 juta yang bakal memberi manfaat kepada 70,715 peneroka orang peneroka. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI