fbpx

Presiden Filipina menghadap Sultan Johor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kenderaan rasmi yang membawa Presiden Filipina, Ferdinand Marcos Jr. tiba di Istana Bukit Serene, Johor Bahru di sini. UTUSAN/RAJA JAAFAR ALI

JOHOR BAHRU – Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar menerima kunjungan menghadap Presiden Filipina, Ferdinand Marcos Jr. di Istana Bukit Serene, Johor Bahru pada pukul 5.08 petang, di sini.

Ferdinand Marcos Jr. kini dalam lawatan rasmi sulung ke Malaysia bermula hari ini hingga 27 Julai sekali gus dilihat bakal mengeratkan hubungan diplomatik antara kedua-dua negara.

Terdahulu, beliau telah mengunjungi Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Putrajaya.

Wisma Putra dalam satu kenyataan berkata, kunjungan Marcos Jr. akan diiringi isterinya, Louise Araneta-Marcos selain disertai Setiausaha Kabinet, ahli politik serta pegawai kanan kerajaan berkenaan.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI