NEW DELHI – Seorang wanita di negeri Andhra Pradesh, India mencederakan alat sulit suaminya kerana berang melihat mangsa menonton video Instagram bekas isterinya, lapor laman berit OpIndia kelmarin.
Dalam kejadian Jumaat lalu, mangsa, Kota Anand Babu cedera parah pada kemaluan selepas diserang oleh isterinya, Varamma ketika mereka bertengkar.
Varamma dikatakan melihat suaminya sedang menonton video ‘reels’ yang dimuat naik bekas isteri lelaki itu di laman Instagram.
Berang dengan tindakan tersebut, dia memarahi mangsa sebelum mereka mula bertengkar.
Varamma kemudian bertindak ganas dengan mencederakan alat sulit Anand menggunakan pisau, menyebabkan mangsa cedera parah.
Anand dikejarkan ke hospital dan menerima rawatan sebelum membuat laporan polis terhadap isterinya.
Menurut Varamma, perbuatan itu dilakukan secara tidak sengaja, namun polis telah membuka kertas siasatan kes tersebut. – AGENSI