fbpx

Juruteknik pencawang telekomunikasi maut disengat tebuan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video tular  rakaman rakan mangsa ketika mangsa berada di atas pencawang dalam keadaan lemah di pencawang Felda Gunung Bongsu, semalam.

KULIM – Seorang juruteknik maut selepas disengat tebuan ketika melakukan tugas di sebuah pencawang telekomunikasi setinggi 30 meter di Felda Gunung Bonsu, Karangan, di sini semalam.

Dalam kejadian pukul 1.30 petang, semalam, lelaki berusia 30 tahun itu meninggal dunia di wad kecemasan  Hospital Kulim kira-kira pukul 12.10 tengah malam semalam.

Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Mohd. Redzuan Salleh berkata, kira-kira pukul 1.30 petang semalam  polis menerima laporan dari seorang lelaki yang memaklumkan rakan setuganya disengat tebuan.

Katanya mangsa yang berkerja  sebagai juruteknik telah di sengat tebuan semasa membuat kerja baik pulih kerosakan pencawang komunikasi di Felda Gunung Bongsu

“Pada awalnya mangsa telah di bawa ke Klinik Kesihatan Karangan untuk rawatan awal. Bagaimanapun mangsa didapati mengalami keadaan kesihatan yang lemah dan dibawa ke Hospital Kulim mengunakan ambulans untuk rawatan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Mohd. Redzuan, mangsa kemudian disahkan meninggal dunia kira-kira pukul 12.10 tengah malam semalam dan hasil bedah siasat mendapati punca kematian adalah disebabkan sengatan lebah.

“Tiada unsur jenayah dan kes disiasat sebagai kematian mengejut,jenazah mangsa telah diserahkan kepada waris dan akan dikembumikan di Alor Setar,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI