fbpx

10 inisiatif NETR buka potensi pelaburan RM1.85 trilion menjelang 2050

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rafizi (kanan) semasa sidang akhbar pelancaran NETR Fasa Pertama sempena Invest Malaysia anjuran Bursa Malaysia Bhd bersama Maybank dan CLSA.

KUALA LUMPUR – Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR) hari ini mengumumkan 10 inisiatif yang akan membuka peluang pelaburan antara RM435 bilion hingga RM1.85 trilion menjelang 2050.

Menteri Ekonomi, Rafizi Ramili berkata, inisiarif itu menandakan perubahan penting dalam pemikiran negara untuk memenuhi sasaran pelepasan sifar bersih (Net Zero) sekali gus dapat menjana ekonomi, mata pencarian dan kedudukan negara di mata dunia.

“10 inisiatif pemangkin itu juga akan menentukan pemikiran dasar dan hala tuju ekonomi dalam tahun akan datang.

“Salah satu projek ialah Zon Tenaga Boleh Baharu (TBB) bersepadu yang akan dipacu Khazanah Nasional Bhd dan dijalankan melalui usaha sama antara UEM dan ITRAMAS. Dengan satu gigawatt (GW), loji jana kuasa fotovoltaik solar hibrid (PV) itu adalah yang terbesar seumpamanya di Asia Tenggara,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap pada pelancaran NETR Fasa Pertama sempena Invest Malaysia anjuran Bursa Malaysia Bhd bersama Maybank dan CLSA di sini hari ini.

Turut hadir, Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (NRECC), Nik Nazmi Nik Ahmad, Pengerusi Bursa Malaysia, Tan Sri Abdul Wahid Omar dan Ketua Pegawai Eksekutif Bursa Malaysia, Datuk Muhamad Umar Swift.

Mengulas lanjut Rafizi berkata, NETR juga membuka pintu masuk hidrogen di Sarawak dengan melaksanakan projek untuk muncul sebagai hab hidrogen di negara serta melaksanakan rangka kerja penangkapan dan penyimpanan karbon (CCS) supaya projek pemangkin boleh dilaksanakan dalam tempoh dua tahun ini.

“Kerajaan akan terus memanfaatkan kos teknologi yang semakin berkurangan dalam TBB
dan membina kelebihan penggerak pertama semasa menggerakkan pelaburan ke dalam kawasan pertumbuhan tinggi dan bernilai tinggi.

“Dengan peningkatan pelaburan yang dirangsang oleh NETR, lebih banyak pekerjaan berpendapatan dan bernilai tinggi juga akan diwujudkan,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI