fbpx

Kelayakan Piala Dunia 2026: Malaysia raih undian ‘mudah’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Undian dilakukan

KUALA LUMPUR – Skuad Harimau Malaya berdepan laluan mudah bersama Oman, Kyrgyzstan pada saingan Kumpulan D kelayakann kedua Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 sebentar tadi.

Pada majlis undian yang berlangsung di Ibu Pejabat Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC), Bukit Jalil sebentar tadi, skuad kebangsaan turut berdepan pemenang antara pemenang peringkat kelayakan pertama antara Taiwan dan Timor Leste.

Di atas kertas, cabaran terbesar skuad kendalian Kim Pan-gon adalah menentang Oman yang menduduki ranking ke-73 dunia disusuli dengan pasukan Kyrgyzstan yang berada di tangga ke-97 dunia.

Dua tempat teratas peringkat kumpulan akan layak ke peringkat kelayakan ketiga Piala Dunia 2026 dan meraih tiket automatik ke pentas Piala Asia 2027.

Saingan peringkat kelayakan kedua akan bermula pada November tahun ini sehingga Jun 2024. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI