fbpx

Kebakaran pejabat JSJ tiada unsur jenayah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara anggota bomba yang berusaha memadamkan kebakaran di pejabat JSJ IPK Perak di Ipoh baru-baru ini.

IPOH – Siasatan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak mendapati tiada unsur jenayah dalam kejadian kebakaran pejabat Bahagian D4, Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak di sini, bulan lalu.

Pengarah JBPM Perak, Sayani Saidon berkata, siasatan di lokasi kebakaran juga tidak menemukan sebarang unsur asing yang boleh dikaitkan dengan perbuatan khianat.

“Proses siasatan kes itu kini di peringkat akhir dan akan disiapkan dalam masa terdekat. Daripada siasatan yang kita buat, tiada unsur-unsur asing pun, hanya kebakaran biasa.

“Malah, berdasarkan siasatan, kita tidak dapat kesan perlakuan jenayah di situ, sebaliknya kita melihat daripada aspek pendawaian bangunan lama,” katanya ketika ditemui pada Program Bubur Asyura di Ibu Pejabat JBPM Perak di Bandar Meru Raya di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI