fbpx

Penjaja Jambatan Angkat Kuala Terengganu terjejas akibat ribut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan salah sebuah kanopi gerai yang rosak akibat dipukul ribut di Jambatan Angkat Kuala Terengganu semalam.

KUALA NERUS – Kejadian ribut yang melanda daerah ini dan Kuala Terengganu kelmarin telah menjejaskan lebih 50 penjaja makanan dan minuman di sekitar Jambatan Angkat Kuala Terengganu semalam.

Mereka mengalami kerugian apabila gerai dan barang jualan mengalami kerosakan akibat bencana alam terbabit.

Salah seorang penjaja, Mohd. Isharul Aizy Ruslin, 39 berkata, sebahagian besar pencuci muka, durian crepe jualannya diterbangkan angin ribut.

“Angin kencang melanda lokasi perniagaan kami selama hampir setengah jam bermula pukul 6.45 petang. Saya tidak mampu berbuat apa-apa dan sekadar sayu melihat hampir semua durian crepe jualan diterbangkan angin dan jatuh berselerak ke tanah,” katanya ketika ditemui Kosmo! di sini hari ini.

Mohd. Isharul Aizy berkata, dia tidak menduga ribut boleh berlaku memandangkan cuaca amat baik sewaktu dia memulakan perniagaan pada pukul 5.30 petang. – KOSMO!. ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI