fbpx

Buruh kontrak didakwa tiga kali rogol anak kandung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tertuduh (dua dari kanan) dibawa ke Mahkamah Sesyen Alor Setar setelah tiba di pekarangan lokap Kompleks Mahkamah Alor Setar bagi menghadapi tiga pertuduhan merogol anak kandungnya.

ALOR SETAR – Seorang buruh kontrak mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan merogol anaknya dalam kejadian antara Disember 2016 hingga Februari 2017.

Tertuduh yang berusia 52 tahun itu membuat pengakuan tersebut selepas tiga pertuduhan berkenaan dibacakan berasingan di hadapan Hakim Zaihan Mohamad Ali.

Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh didakwa merogol anaknya yang berusia 16 tahun ketika itu di bilik air rumah mereka di sebuah kampung di Pendang, dekat sini pada pukul 2.30 petang, Disember 2016.

Sementara bagi pertuduhan kedua, tertuduh didakwa melakukan perbuatan sama di bilik tidur rumah berkenaan pada pukul 4 petang, Disember 2016.

Bagi pertuduhan ketiga pula, tertuduh didakwa merogol remaja berkenaan di bilik tidur di lokasi rumah sama pada 9 pagi, Februari 2017.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan di bawah Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.

Mahkamah kemudian menetapkan 27 Ogos sebagai tarikh sebutan setelah membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM18,000 bagi tiga pertuduhan tersebut.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI