fbpx

Struktur ekonomi negara perlu dirombak – PM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar

KUALA LUMPUR – Bagi mencapai sasaran Ekonomi Madani, struktur ekonomi negara perlu dirombak.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata, dalam jangka masa pendek, Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-12 yang bakal dibentangkan di Parlimen akan beri ruang untuk kerajaan membuat penilaian semula.

“Antara isu yang membelenggu sistem ekonomi termasuk masalah sektor perindustrian yang menguncup sebelum masanya.

“Umpamanya, sektor pembuatan telah merosot di bawah paras 25 peratus kepada KDNK.

“Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030 (NIMP) yang bakal diumumkan pada bulan hadapan akan memacu semula perindustrian dan memangkin ekonomi baharu.

“Perkara yang akan dibentang di Perlimen akan datang termasuk menyusun mengadun sebuah pertumbuhan jangka sederhana dengan dasar fiskal yang lebih mampan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap di Majlis Peluncuran Ekonomi MADANI: Memperkasa Rakyat, di sini, hari ini.

Selain itu katanya, negara juga perlu menjadi agenda serantau (ASEAN) dengan meneladani negara-negara yang dahulunya jatuh, tetapi tangkas dan bangkit.

“Jika kita hanya berpuas hati dengan keadaan sekarang, ekonomi akan terus catat pertumbuhan antara 4 hingga 5 peratus. Namun, jika kita berusaha laksana pembaharuan, kita mampu capai 5.5 peratus, malah saya percaya adalah tidak mustahil untuk kita hasilkan pertumbuhan 6 peratus.

“Mahu tidak mahu, kita mesti menjadi jaguh ekonomi serantau. Kita perlu punyai minda global dan mengutama pengantarabangsaan ekonomi,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI