fbpx

SPR seru calon PRN, PRK Kuala Terengganu patuh arahan Sabtu ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA- Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menyeru kepada bakal calon dan parti politik yang terlibat pada hari penamaan calon (HPC) sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) dan Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Terengganu pada Sabtu ini untuk mematuhi arahan ditetapkan.

Setiausaha SPR, Datuk Indera Ikmalrudin Ishak berkata, pematuhan arahan ditetapkan pihaknya selain polis dan pihak berkuasa tempatan ialah bagi memastikan proses penamaan calon dilaksanakan dapat berjalan secara baik dan lancar.

“Kertas penamaan calon boleh diserahkan bermula pukul 9 pagi sehingga 10 pagi kepada pegawai pengurus di 173 Pusat Penamaan Calon (PPC) oleh pihak yang berkenaan.

“Bagi melancarkan proses penamaan calon, SPR menyarankan kepada bakal calon agar mengisi borang dan membuat semakan awal di pejabat pegawai pengurus atau Pejabat Pilihan Raya Negeri sebelum HPC,” katanya dalam satu kenyataan di sini tadi.

Selain itu, katanya, bakal calon juga disarankan membuat pembayaran deposit lebih awal dan resit pembayaran tersebut hendaklah dibawa pada HPC sebagai bukti pembayaran.

“Bagi bakal calon mewakili mana-mana parti politik, mereka diingatkan untuk mengemukakan surat kebenaran penggunaan simbol parti diwakili apabila membuat penyerahan Kertas Penamaan Calon.

“Setiap bakal calon hanya boleh diiringi seorang pencadang dan penyokong untuk dibenarkan masuk ke PPC.

“Penggunaan semua jenis alat muzik ataupun pembesar suara bagi tujuan dakyah politik melalui apa-apa cara termasuk kenderaan adalah tidak dibenarkan,”’jelasnya.

Tegasnya, orang awam serta penyokong yang mengiringi calon adalah dilarang menunggu atau berada dalam jarak 50 meter dari sempadan PPC yang ditetapkan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI