fbpx

Johor tubuh jawatankuasa khas tangani SiHulk

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Fareed

JOHOR BAHRU – Kerajaan negeri telah menubuhkan satu Jawatankuasa Penyelarasan Tindakan Pembanterasan Ajaran Sesat SiHulk dalam usaha membendung sebaran ajaran sesat itu di Johor.

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Johor, Mohd. Fared Mohd. Khalid berkata, jawatankuasa itu melibatkan beberapa agensi berkaitan bagi memastikan kerjasama dalam pemantauan dan penguatkuasaan.

Katanya, antara agensi itu termasuklah Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC).

“Jawatankuasa ini sudah membuat ketetapan untuk bekerjasama dalam membanteras penyebaran ajaran SiHulk, sama ada secara fizikal mahupun melalui media sosial.

“Kerjasama dengan Jabatan Imigresen Malaysia juga akan dimulakan bagi maksud tindakan yang lebih teratur,” katanya kepada pemberita.

Sebelum ini, Mohd. Fared memberitahu, ajaran diasaskan Suhaini Muhammad itu telah difatwakan sesat sejak 22 Julai 2021 kerana didapati menyeleweng dan bertentangan dengan akidah, syariat serta akhlak Islam.

Sehubungan itu, semua aktiviti berkaitan ajaran itu termasuk perniagaan dan perkhidmatan adalah dilarang dan difatwakan haram.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI