fbpx

Pelabuhan Tanjung Pelepas, Lembaga Pelabuhan Johor didik masyarakat pelihara alam sekitar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seramai 30 pelajar menjadi duta Program Eco Lestari dikenali sebagai Eco Warrior.

PETALING JAYA – Pelabuhan Tanjung Pelepas Sdn Bhd (PTP), ahli Kumpulan MMC, bersama-sama Lembaga Pelabuhan Johor (LPJ) terus memperkasa perubahan budaya dan minda masyarakat dalam memelihara alam sekitar melalui pelancaran program Eco Lestari dengan kerjasama Kementerian Pendidikan (KPM) dan Kelab Alami Mukim Tanjung Kupang.

Pengersi Jawatankuasa Pendidikan, Penerangan dan Komunikasi Negeri Johor, Norlizah Noh berkata, program tersebut mampu menjadi sebuah wadah terbaik dalam membina budaya dan minda masyarakat dalam memelihara alam sekitar dengan matlamat untuk membina komuniti hijau yang mampan melalui amalan mesa alam dan kesukarelawanan.

“Segala usaha dipihak kerajaan sahaja tidak mencukupi untuk menjaga kelestarian alam sekitar. la memerlukan keriasama dan penglibatan seluruh masyarakat, katanya melalui satu kenyataan hari ini.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif TP, Marco Neelsen berkata, program Eco Lestari mempuny&i matlamat untuk membina komuniti hijau yang mampan melalui amalan mesa alam dan kesukarelawanan dengan penglibatan secara aktif masyarakat, terutamanya dari peringkat persekolahan.

“Kami melantik 30 pelajar berpotensi dari Sekolah Kebangsaan (SK) Pendas Laut, SK Tg Kupang dan SMK Tg Adang sebagai duta program Eco Lestari yang dinamakan ‘ECO Warriors’.

“Mereka akan didedahkan kepada ilmu teori dan praktikal yang akan dikelolakan ole Kelab Alami, satu badan bukan kerajaaan yang memfokuskan kepada pemeliharaan alam sekitar di sekitar Mukim Tanjug Kupang, Gelang Patah,” katanya.

Dalam pada itu, Pengurus Besar LPJ, Monaliza Suhaimi berkata, menjadi aspirasi LPJ untuk meningkatkan kesedaran alam sekitar di setiap lapisan masyarakat dan pada masa vanq sama menanam rasa tanggungjawab dalam kalangan masyarakat untuk bertindak dan mengambil bahagian dalam menjaga alam sekitar yang dikongsi bersama.

“Sebagai sebuah pihak berkuasa pelabuhan yang bertanggungjawab mengurus kemajuan industri pelabuhan di Johor, PJ terus komited menyokong agenda nasional kerajaan untuk menghijaukan Malaysia dengan mempergiatkan aktiviti-aktiviti kelestarian alam sekitar selari dengan perkembangan pelabuhan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI