fbpx

Zakat Pulau Pinang, Grab Malaysia bantu asnaf jana pendapatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ebi Azly (kanan) bersama Ahmad Zakiyuddin (dua dari kanan) ketika melepaskan konvoi penghantar makanan Grab sebagai tanda gimik pelancaran Rakan Grab ZPP di Bandar Perda, hari ini.

SEBERANG PERAI – Zakat Pulau Pinang (ZPP) melebarkan kerjasama dengan penyedia perkhidmatan e-hailing, Grab Malaysia dengan memperkenalkan Program Rakan Grab ZPP Deposit Sewa Beli Kenderaan (Motosikal) untuk mustahiq atau golongan penerima zakat khususnya pemandu serta penghantar makanan.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Amran Hazali berkata, melalui kerjasama itu, ZPP akan menyumbangkan kenderaan melalui kaedah pembelian iaitu sebanyak 10 buah motosikal berjenama Yamaha dengan setiap satunya berharga kira-kira RM5,600 pada peringkat permulaan.

Terdahulu katanya, kertas cadangan mengenai program itu telah dibentangkan kepada Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang pada hujung tahun lepas untuk memohon pandangan jawatankuasa berkenaan dari segi hukum pelaksanaan program tersebut sebelum diberikan ‘lampu hijau’.

“Apa yang kita nak tekankan menerusi pelaksanaan program ini adalah, ia merupakan salah satu program pemerkasaan asnaf untuk melihat peserta yang terlibat dapat menjana sendiri pendapatan mereka seterusnya berusaha untuk keluar daripada belenggu kemiskinan.

“Insya-Allah, jika program ini berjaya, kita akan tambah bilangan peserta pada masa depan. Pada masa yang sama, ZPP juga mengalu-alukan jika ada mana-mana pihak atau penaja yang mahu bekerjasama dengan kami khususnya melalui program ini,” katanya kepada pemberita sempena Pelancaran Rakan Grab ZPP  di Bandar Perda, petang tadi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI