fbpx

Brown raih pendapatan paling tinggi NBA

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BROWN muncul pemain NBA yang menerima pendapatan paling tinggi selepas menandatangani kontrak baharu bersama Boston Celtics. – AFP

BOSTON – Gergasi bola keranjang Amerika Syarikat (AS), Boston Celtics melakukan kejutan apabila mencapai persetujuan mengekalkan Jaylen Brown dengan kontrak selama lima tahun bernilai AS$304 juta (RM1.387 bilion).

Brown, 26, yang mempunyai baki setahun dalam kontrak semasanya bersama pasukan Boston Celtics tersebut akan melanjutkan kontrak bermula musim 2024/2025.

Lanjutan kontrak itu menyaksikan Brown akan menikmati gaji keseluruhan berjumlah AS$31.8 juta (RM145.12 juta) bermula musim akan datang ketika kontrak semasanya menyaksikan dia hanya menerima pendapatan AS$106.3 juta (RM484.89 juta) untuk empat tahun bermula 2019 lalu.

Lebih menarik, Brown bakal menjadi penerima gaji paling tinggi dalam sejarah Persatuan Bola Keranjang Kebangsaan (NBA) selepas mengatasi bintang Denver Nuggets, Nikola ­Jokic yang menandatangani kontrak lima tahun bersama pasukan itu bernilai AS$276 (RM1.259 bilion) pada tahun lepas.

Keputusan Boston Celtics mengekalkan Brown dianggap pilihan bijak selepas pemain 26 tahun itu telah menjadi salah satu tonggak kejayaan Celtics beberapa tahun kebelakangan ini dan juga membantu pasukan itu mara ke playoff untuk
tujuh musim berturut-turut.
– AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI