fbpx

Kylian Mbappe berhak terus kekal di PSG

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MBAPPE berkeras untuk kekal di PSG sehingga kontraknya berakhir biarpun diancam untuk diletakkan di bangku simpanan. – AFP

LONDON – Persatuan Pemain Pemain Profesional Antarabangsa (Fifpro) memberi sokongan penuh kepada penyerang antarabangsa Perancis, Kylian Mbappe sekiranya enggan berhijrah dan kekal bersama Paris Saint-Germain (PSG) sehingga kontraknya berakhir.

Setiausaha Agung Fifpro, Jonas Baer-Hoffmann berkata, Mbappe mempunyai hak untuk tidak menurut permintaan kelab itu yang dilihat terdesak untuk melepaskannya kali ini.

“Saya percaya Mbappe masih lagi memiliki kontrak selama semusim bersama PSG dan dia berhak menentukan masa depannya sama ada mahu kekal sehingga tempoh tersebut berakhir.

“Mbappe tidak boleh dipaksa menerima tawaran menyertai kelab yang dia tidak suka dan ini adalah kebebasan penuh milik pemain.

“Saya tidak faham kenapa ini boleh menjadi isu kerana ada pemain yang mahu berhijrah ketika masih terikat dengan kontrak, dikritik hebat, tetapi apabila ada pemain seperti Mbappe yang mahu menghormati kontraknya, dia turut dikecam.

“Apa yang pasti, saya harap Mbappe dan PSG menemui jalan penyelesaian terbaik,” kata Hoffmann.

Difahamkan, PSG sudah bersetuju secara lisan dengan tawaran yang diberikan oleh kelab gergasi Liga Pro Arab Saudi, Al Hilal yang telah membuat bidaan rasmi sebanyak £259 juta (RM1.5 bilion) pada awal minggu ini.

Situasi tersebut menyaksikan Mbappe bakal memecahkan rekod pemain termahal dunia mengatasi apa yang dibayar PSG ketika mendapatkan Neymar dari Barcelona pada tahun 2017.

Segalanya bergantung kepada Mbappe sama ada mahu me­nerima terma yang ditawarkan oleh kelab Al Hilal atau sebalik­nya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI