fbpx

Arwah isteri mahu buat kejutan pulang ke Kuantan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Zulhilmi (tengah) mencium jenazah anaknya sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kubur Kebatu, Mukim Morak di Tumpat hari ini. -Foto ROHANA ISMAIL

TUMPAT – “Isteri saya mahu membuat kejutan pulang senyap-senyap ke Kuantan padahal saya dah berjanji mahu menjemputnya pada cuti pilihanraya nanti,” kata Zulhilmi Ismail Yahya, 23, merupakan suami kepada arwah Raja Nurhanani Nabila Raja Hussin, 23.

Zulhilmi berkata, bagaimana pun kejutan itu tidak menjadi kerana dia mengetahui lebih awal niat isterinya itu selepas arwah memaklumkan dalam perjalanan pulang ke Kuantan.

“Tetapi lain pula jadinya, kejutan ini telah meragut nyawa isteri dan anak saya yang berusia dua bulan.

“Saya hampir rebah apabila menerima panggilan daripada orang yang tidak dikenali memaklumkan isteri saya terlibat dalam kemalangan dan anak saya meninggal,” katanya ketika ditemui di kediaman mertuanya di Kampung Semat Jal di sini hari ini.

Menurut Zulhilmi Ismail lagi, sebelum memasuki Lebuh Raya Pantai Timur Dua (LPT2), arwah isterinya ada menghantar whatsApp apabila kereta yang dipandu adiknya, Raja Haikal Najmi, 20 itu berhenti di sebuah stesen minyak.

Katanya, dia sempat berpesan supaya berhati-hati di jalan raya kerana perjalanan mereka masih jauh lagi sehinggalah menerima panggilan kejadian kemalangan itu.

“Tiada perubahan pelik arwah, cuma sejak kebelakangan ini arwah kurang menghubungi saya.

“Biasanya dalam sehari sehingga enam kali dia akan menghubungi saya, tetapi perubahan ini saya tidak mengesyaki apa-apa yang buruk akan berlaku, arwah juga sangat teruja berkongsi gambar barang bayi yang dibawanya ke Kuantan,” katanya.

Menurutnya, kali terakhir dia berjumpa arwah isterinya pada Aidil Adha lalu ketika pulang menemaninya seminggu untuk berpantang di Kampung Semat Jal di sini.

Sementara itu adik iparnya, Raja Nurhumairaa Nadzirah, 13, yang masih trauma memberitahu ketika kemalangan itu, dia bersama abangnya, Raja Haikal Najmi, serta arwah ibu (Noreha), arwah kakaknya,( Raja Nurhanani Nabila) dan arwah anak saudaranya (Nik Muhammad Zayyan Irfan Zulhilmi Ismail) tercampak keluar dari kereta selepas terbabas.

“Saya bangun dalam keadaan bahu sakit untuk kejutkan abang yang ketika itu patah kaki tidak jauh dari tempat saya tercampak.

“Ketika saya kejutkan mak, mak sudah kaku, manakala kakak dan anak saudara tercampak dalam longkang,” katanya.

Menurutnya, selepas itu orang awam datang membantu dan kemudian bantuan tiba.-KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI