fbpx

PRN: Jadual peperiksaan universiti tidak ganggu urusan pelajar pulang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohamed Khalid (tiga dari kiri) melawat gerai pameran selepas Majlis Perasmian Inkubator Keusahawanan, Pusat Penyelidikan dan Hospital Pengajar Perubatan Veterinar di UMK Kampus Bachok hari ini. -Foto KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN

BACHOK – Pelajar universiti yang sedang menjalani peperiksaan akhir semester ketika ini dibenarkan pulang bagi menjalankan tanggungjawab sebagai pengundi di enam negeri pada Pilihan Raya Negeri (PRN) pada 12 Ogos depan.

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, berdasarkan jadual peperiksaan semasa, hanya Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan Universiti Utara Malaysia (UUM) yang berada pada fasa peperiksaan akhir semasa semasa PRN dijalankan.

Menurutnya, meskipun dua universiti itu menjalankan peperiksaan, tiada sebarang kertas peperiksaan yang perlu dijawab oleh pelajar pada hari mengundi PRN.

“Tiada sebarang isu berbangkit mengenai perkara itu malah peperiksaan juga tidak dijalankan pada hari Sabtu. Jadi, pelajar dari enam negeri yang terlibat PRN boleh pulang mengundi.

“Tarikh peperiksaan sudah lama ditetapkan dan secara kebetulan, ia jatuh pada hari mengundi PRN,“ katanya pada sidang akhbar selepas Majlis Perasmian Inkubator Keusahawanan, Pusat Penyelidikan dan Hospital Pengajar Perubatan Veterinar di Universiti Malaysia Kelantan (UMK) Kampus Bachok di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Mohamed Khaled memberitahu, hanya pelajar dari enam negeri sahaja yang terlibat dengan PRN manakala pelajar dari negeri lain boleh berada di universiti masing-masing.

Media sebelum ini melaporkan, UUM dalam satu notis memaklumkan pihak universiti menarik balik keputusan awal untuk menangguhkan peperiksaan akhir selama beberapa hari bagi membolehkan pelajar mengundi pada PRN.

Pihak universiti bagaimanapun menjadualkan semula peperiksaan akhir yang bermula 31 Julai hingga 20 Ogos selepas memberi pelepasan kepada pelajar pulang ke kampung halaman untuk menjalankan tanggungjawab sebagai pengundi dalam PRN di enam negeri. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI