fbpx

Menitis air mata botakkan kepala tanda sokongan kepada ibu hidap kanser

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar perkongsian empat sekeluarga botakkan kepala tanda sokongan kepada ibu mereka yang menghidap kanser.

PETALING JAYA – Empat sekeluarga sanggup mencukur rambut bagi memberi sokongan kepada ibu mereka yang menghidap kanser paru-paru tahap empat.

Menerusi perkongsian video Kidesumi di TikTok, tiga beradik termasuk ayah mereka bergilir-gilir mencukur rambut di sebuah salun sambil menitiskan air mata.

“Mama jangan khuatir, kita akan hadapi semuanya bersama-sama ya. Saya tahu ini sangat berat untuk kita semua tetapi saya percaya semua yang berlaku ada hikmahnya,” katanya.

Tambahnya, ibunya itu merupakan wanita yang kuat selain rajin bersenam dan mengamalkan gaya hidup sihat namun semuanya berubah sekelip mata selepas disahkan menghidap kanser.

“Namun takdir mama sudah tertulis sebegini. Kita hanya mampu menerima “hadiah” ini dengan hati yang terbuka.

“Dua bulan terakhir ini juga adalah waktu yang cukup singkat untuk kita semua ubah semuanya.

Dalam pada itu, pengorbanan mereka dengan mencukur kepala bertujuan untuk membantu ibunya berdamai dengan takdir dan dapat meneruskan kehidupan seperti biasa.

Tinjauan Kosmo! di ruangan komen mendapati rata-rata orang ramai bersimpati dan mendoakan kesihatan buat ibunya.

“Kak, mama saya juga pernah menjadi pejuang kanser. Alhamdulillah sekarang sihat, yang penting sentiasa bersemangat untuk sembuh, itu kunci utamanya,” tulis Rio.

“Semoga cepat sembuh, kuatkan semangat untuk keluarga tersayang,” ujar Gina. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI