fbpx

Penghantar barang terharu dapat tip dari ‘opah’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar perkongsian seorang penghantar barang terharu dapat tip dari Opah

PETALING JAYA – Seorang penghantar barang meluahkan rasa terharu dengan keprihatinan pelanggan yang sentiasa menghargai pekerja sepertinya dengan memberi tip.

Shahmi Sofian di akaun TikTok miliknya berkata, setiap kali dia ditugaskan untuk menghantar barang ke rumah itu, dia mesti akan dapat tip sebagai ‘duit minum’.

“Setiap kali datang rumah opah ni mesti dia gigih nak bagi duit minum. Walaupun tidak pernah minta, dia tetap berkeras nak bagi.

“Terima kasih opah, semoga dimurahkan rezeki,” katanya.

Tambahnya, susuk tubuh wanita itu mengingatkannya pada arwah neneknya.

“Opah ni buat aku rindu pada seseorang yang pernah bergelar ‘Opah’ dalam kehidupan aku,” tulisnya di ruangan kapsyen.

Tinjauan Kosmo! di ruangan komen mendapati rata-rata orang ramai menitipkan doa serta memuji kebaikan yang ditunjukkan nenek itu.

“Itu cara opah berterima kasih kepada awak sambil bersedekah. Semoga kedua-duanya di rahmati Allah,” ujar Yusnita.

“Moga opah diberikan kesihatan yang berpanjangan selalu,” kata Maksu Lieza. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI