fbpx

Kanak-kanak nekad tolak kerusi roda rosak 20km, bawa nenek strok pindah rumah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar dua beranak yang dikongsi di laman Facebook Irdk Services.

PETALING JAYA – Seorang kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun nekad menyorong neneknya yang mempunyai penyakit angin ahmar (strok) dengan kerusi roda rosak sejauh 20 kilometer selepas tidak mampu membayar sewa rumah.

Kisah menyayat hati itu telah dikongsi di laman Facebook Irdk Services dan hantaran terbabit memaklumkan kejadian berkenaan berlaku di sebuah kampung di Kok Lanas, Kelantan.

Menurut hantaran itu, kanak-kanak terbabit menyorong kerusi roda dari Kok Lanas sehingga ke Kampung Batu 8, Jalan Kuala Krai.

“Seorang kanak-kanak berusia 11 tahun terpaksa menyorong neneknya yang merupakan seorang pesakit strok dari Kok Lanas ke Kampung Batu 8 Jalan Kuala Krai mengunakan kerusi roda rosak selepas tidak mampu membayar sewa rumah sejak beberapa bulan lalu akibat diserang penyakit strok.

“Sebelum ini neneknya bekerja sebagai seorang pencari besi buruk setelah kematian suaminya beberapa tahun lalu,” tulis hantaran itu.

Menurut Irdk Services, kini dua beranak itu menumpang sementara di bahagian dapur rumah arwah ibu tirinya dan hanya mengharapkan belas ihsan dari jiran-jiran.

“Menerusi pemerhatian penulis, pesakit ini amat memerlukan pampers dewasa. Bayangkan lima pek pampers dewasa pun sudah berharga RM100 lebih.

“Barangan dapur kerana jiran-jiran boleh tolong masakkan untuk mereka. Doakan semoga dipermudahkan segala urusan mereka,” katanya.

Susulan perkongsian itu, rata-rata pengguna media sosial meluahkan rasa sebak dan ramai yang ingin membantu dua beranak itu.

“Allah siannya, nampak kesusahan di wajah dia, semoga adik ini tabah dan berjaya suatu hari nanti,” tulis Nurhidayah Hidayah.

Turut meninggalkan komen adalah seorang lagi pengguna dikenali sebagai Firdaus Mokhtar.

“Macam mana nak berhubung dengan mereka, semoga dipermudahkan dan dimurahkan rezeki mereka,” katanya.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI