fbpx

Lebuh raya KL-Karak bakal dibuka semula 7 malam ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar mendapan jalan yang berlaku di Lebuh Raya KL-Karak malam tadi.

PETALING JAYA – Laluan KM66.1 Lebuh Raya Kuala Lumpur – Karak (KLK) dijangka bakal dibuka semula kepada pengguna pada pukul 7 malam ini.

Menurut Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi, kerja-kerja pembaikpulihan jalan dijangka selesai hari ini.

“Saya difahamkan, kerja-kerja pembaikpulihan akan siap pada hari ini. Jalan bakal dibuka semula kepada awam dalam jam 7 malam nanti,” katanya.

Pada masa sama, Alexander turut berpuas hati dengan sistem kontraktor yang berjaya mengesan pergerakan tanah dan membuat penutupan jalan lebih awal.

“Mereka buat sistem untuk mengetahui sekiranya ada pergerakan tanah di kawasan ini. Memang ada sistem pengesan, jadi dipasang banyak sensor sepanjang jalan.

“Pemantauan berterusan juga akan dilaksanakan bagi mengesan jika ada pergerakan atau kegagalan bawah tanah di lokasi kejadian,” katanya.

Semalam, Lebuh Raya Kuala Lumpur – Karak (KLK) di kedua-dua arah ditutup disebabkan kejadian tanah mendap berhampiran Plaza Tol Bentong.

Pengguna jalan raya disarankan mengambil laluan alternatif untuk mengelakkan sebarang kesesakan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI