fbpx

Tanah mendap punca kontena hempap lelaki

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan kontena dan kereta mangsa di Jalan Dato Yusof Shahbudin 29A, Taman Sri Sentosa, Klang, semalam.

KLANG – Keadaan tidak stabil akibat tanah jerlus dipercayai punca sebuah kontena terbalik dan menghempap seorang lelaki sehingga maut di Jalan Dato Yusof Shahbudin 29A, Taman Sri Sentosa di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Cha Hoong Fong berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian sebuah kereta Perodua Kancil pukul 5.09 petang.

Katanya, siasatan mendapati kontena tanpa kepala lori itu diparkir di tepi jalan itu bagi kerja pemunggahan barang.

“Mangsa dipercayai turut parkir bersebelahan kontena tersebut untuk membeli makanan di restoran berdekatan.

“Namun, lelaki itu ternampak kontena berkenaan sedikit condong sebelum bertindak mengubah kereta miliknya ke kawasan lain,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Kosmo! semalam melaporkan seorang lelaki berusia lingkungan 40-an maut apabila kereta dipandunya dihempap kontena sebuah lori yang sedang memunggah barang di lokasi tersebut.

Jelas Hoong Fong, mangsa bagaimanapun tidak sempat berbuat demikian apabila kontena itu terbalik lalu menghempap dirinya dan dan Kancil tersebut.

“Lelaki itu dipercayai belum sempat masuk ke dalam keretanya ketika kejadian. Mangsa kemudian disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh petugas perubatan.

“Keadaan tanah mendap dan jerlus dipercayai mengakibatkan kontena tersebut tidak stabil dan terbalik. Mayat mangsa dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang bagi bedah siasat dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI